Wednesday, September 30, 2009

SEJARAH KAMPUNG LUAT

Diceritakan Oleh Hj Suhaili Bin Haji Daud

Sejarah nama kampung luat ini diambil sempena nama sepohon pokok keluat yang besar pohonnya. Dipercayai teras keluat mempunyai pelbagai fungsi dan ia antara spesies pokok yang sukar ditemui.Dalam perubatan tradisional, teras keluat diguna untuk membangkitkan tenaga dalaman individu dan dipercayai mampu sebagai penahan kulit….Disebelah pantai timur teras keluat sering digunakan pada ayam sabung iaitu digunakan sebagai susuk.

dalam perlawanan sabung ayam ia sering diselitkan pada kaki ayam bagi membolehklan ia xmengalami sebarang bentuk kecederaan . ttp ia perlu disertakan ayat² n matera tertentu . wallahualm .
bagi untuk diri sendiri perlulah kita berpuasa selama …?? hari membaca surah….?? n zikir …..?? tertentu di waktu bulan mengambang penuh secara ……..?? jika ujian ini dapat dilepasi akan hadir pengerun samada nyata n ghaib ,kewibawaan yg tinggi serta disegani masyarakat keliling,hati sentiasa tenang kerana sering menyebut nama² ALLAH .

ilmu dipohon adalah dengan izin ALLAH, jika kita ikhlas n redha pasti menemui kejayaan .INSYA ALLAH .
jika apa yg diutarakan salah ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .


Pada asalnya kampung luat ini dibuka oleh angkatan raja yang berasal dari patani. Tidak dipastikan pada tahun berapa Kampung Luat dibuka. Berkemungkinan Kampung Luat dibuka pada tahun 1909.

No comments:

Post a Comment