Wednesday, September 30, 2009

Asal kedatangan angkatan raja dari patani yang membuka Kampung Luat.

Pada masa dahulu terdapat sepohon pokok yang sangat besar berdekatan istana raja di patani, diceritakan pohon yang besar ini sehingga tingginya mencecah awan yang dibari nama pokok saring dan tiada sesiapa yang pernah memanjatnya sampai di pucuk pokok itu.

Raja patani telah membuat tawaran kepada rakyatnya, sesiapa yang dapat menetak dahan pokok saring itu maka dia akan dijodohkan dengan putri baginda.
Ramai lah rakyat yang datang mencuba nasib. Tetapi semuanya hampa tidak dpt memanjat pokok saring itu..

Sehinggalah ada seorang dari puak orang asli yang mencuba nasib. Dikatakan beliau memanjat pokok itu dengan menggunakan pating “pasak (paku kayu) tempat berpijak apabila memanjat”.
Dan dapat menetak dahan pokok itu, jatuhnya dahan itu sejuh 4 batu di kawasan bendang.
Kawasan bendang sekarang dijadikan sekolah pondok saring.

Orang asli itu telah memeluk islam dan telah dinikahkan dengan anak raja patani itu. Beliau menukar nama sebagai Tuan Remang dan menjadi raja Remang.

Selepas menikahkan putrinya, Raja Patani menyarahkan pemerintahannya kepada Raja Remang. Selepas itu Raja Patani dan angkatan diraja datang merantau dan singgah di Gerik. Dan membuka kota di Kerunai (Dikatakan merekalah orang yang mula-mula membuka Gerik) setelah beberapa lama mereka telah membuka dua buah kampung iaitu kampung bongor dan kampung bekuning. Dengan lama-kelamaan mereka telah berpindah ke Dala diseberang Sungai Perak. Dan membuka kampung lagi. Setelah sekian lamanya ada diantara mereka yang hidup dan ada yang telah meninggal dunia.

Melalui Sungai Perak sebahagian daripada keturunan raja ini telah hilir ke Sungai Perak dengan menggunakan empat lapis rakit besar yang diperbuat daripada buluh. “Tidak dipastikan berapa ramai yang menaiki rakit itu”. Sampai sahaja di Sandar Halu (Senang Halu, Kg Luat-Nama sekarang) ada pengutip cukai yang diketuai oleh Makrik Gagah.

Dikatakan Makrik Gagah ingin mengutip cukai daripada mereka kerana melalui Sungai Perak tetapi mereka tidak bagi. Maka Makrik Gagah telah menarik rakit itu kedarat dengan sebelah tangan sahaja. Terjadilah perbalahan antara mereka. Setelah mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak maka mereka beradu kekuatan tangan. Sesiapa yang kalah kena turunkan semula rakit kedalam sungai. Setelah beradu beberapa ketika Makrik Gagah kalah dalam pertandingan beradu kekuatan tangan dengan salah seorang kerabat diraja itu. Setelah beberapa ketika kerabat diraja ini telah mudik kembali ke Dala dengan menggunakan jalan darat.

Beberapa bulan kemudian mereka hilir lagi ke bawah dan berjumpa lagi dengan Makrik Gagah di Sandar Halu. Kali kedua berjumpa mereka berdua beradu kekuatan lagi dengan bersilat. Kali kedua Makrik Gagah kalah lagi.

Bertitik tolak disinilah maka kerabat diraja yang berasal dari patani ini telah membuka Kampung Luat dimana tapak asalnya berdekatan rumah pakngah hamid dan mereka telah membina masjid yang pertama dalam kampung itu kalau diperhatikan masih ada lagi tiang asal peninggalan masjid itu walaupun masjid itu telah tiada akibat banjir besar. Dikatakan juga pada masa itu masjid yang dibina di kampung Luat adalah masjid yang kedua besar dalam Negeri Perak.

Setelah menetap di Kampung Luat, orang lain yang ingin menetap di Kampung Bongor tetapi tidak tahan akibat ditimpa penyakit misteri. Wakil daripada kerabat diraja ini yang diketuai oleh arwah Tok Dahari dan Paklang Bong telah pergi ke Kampung Bongor untuk menyerahkan Kampung Bongor kepada orang yang ingin tinggal di kampung itu bagi mengelakkan penyakit misteri itu menganggu penduduk Kampung Bongor.

Setelah memdiami Kampung Luat beberapa ketika kerabat diraja dari Patani bersepakat untuk membuang gelaran RAJA dan diganti dengan gelaran WAN. Maka raja dari patani itu diberi nama Wan Seri. Manakala bagi hulubalang raja diberi nama Wan Kasar. Pada masa kini masih ada lagi keturunan Raja Patani di Kampung Luat, Gerik dan sebahagian nya berada din Kelantan.

Masa berlalu dengan pantas. Zaman berganti zaman, pemimpin berganti pemimpin begitulah halnya dengan Kampung Luat yang maju setapak kehadapan. Dahulunya penduduk yang ingin ke Kampung Luat terpaksa menaiki bot/sampan untuk sampai ke kampung. Tetapi sejak pembinaan Jambatan oleh Kerajaan pada tahun 2000. Penduduk tidak lagi perlu menggunakan bot/sampan untuk pulang ke Kampung Luat.

Banyak kenangan pahit dan manis Kampung Luat ini semenjak pembukaannya oleh keturunan Raja dari Patani sehinggalah kehari ini. Dimana penduduknya pernah merasa zaman penjajahan British, zaman Jepun, zaman Komunis dan zaman British sebelum Negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Kampung Luat juga pernah merasai pengalaman banjir besar pada tahun 80-an.

No comments:

Post a Comment